Ni blog entri yang menarik untuk dibaca.
———————————————-
Kalau kat KL ni, cerita pasal projek perumahan rakyat memang tak habis. Kalau bukan pasal aduan-aduan kerosakan, mesti pasal permohonan untuk beli satu rumah di PPR. Tak pun mesti pasal kecoh kenapa tak layak nak beli satu. Bukan apa, KL nih dah la kecil je, pastu sesak pulak tu. Bila ramai orang memohon nak beli, kerajaan terpaksa la tambah supaya dapat adil semua orang dan untuk kesenangan semua orang jugak. Kalau ikut logik, kenalah ada perancangan bandar, ye tak?
Ni artikel berita yang aku ambil dari blog Menteri Wilayah, Dato’ Raja Nong Chik. Baca jap.
32,762 unit rumah PPR dibina sekitar KL
KUALA LUMPUR 23 Mac. — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) sedang melaksanakan 25 projek perumahan rakyat (PPR) melibatkan pembinaan 32,762 unit rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata empat projek PPR telah siap dibina tetapi belum diserah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
“Empat projek itu ialah PPR Lapangan Terbang Lama 2 iaitu 920 unit, PPR Bersepadu Pekan Kepong 948 unit, PPR Bersepadu Bukit Jalil 1 dan PPR Bersepadu Bukit Jalil 2 masing-masing 1,896 unit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kong berkata PPR Bersepadu Pekan Kepong yang mengandungi tiga blok, 18 tingkat di atas tanah seluas 5.395 hektar telah dibina dengan kos RM51 juta dan telah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) pada awal Feb lepas.
“PPR itu dijangka diduduki selewatnya-lewatnya bulan depan dan ini menunjukkan kerajaan serta kementerian ini memandang serius dalam menangani isu berkaitan projek PPR dengan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya.
Kong berkata kos pembinaan PPR ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri bertanggungjawab dalam menyediakan tapak yang sesuai serta pemilihan pembeli atau penyewa menerusi Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) berkomputer.
Sasaran utama PPR adalah golongan yang berpendapatan rendah termasuk setinggan dengan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.
Kadar sewa rumah PPR ialah RM124 sebulan manakala harga jualan rumah PPR dalam lingkungan RM35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak.
Sumber: Bernama
Ehem. Tambah lagi? Biar betul Datuk Seri Kong Cho Ha ni. Berani benar. Yelah. Bukan senang nak main tambah-tambah je PPR ni. Silap-silap tak seimbang la. Projek terbengkalai la. Silap plan habis la kawasan tu. Dah la ibu kota.
Aku ingat lagi, dulu aku pernah tengok adik aku main SimCity. Nampak macam senang. Macam tak mencabar je nampak. Tapi adik aku selalu kalah/rugi. Haha. Apa yang susah sangat? Bagi aku, samalah juga dalam realiti. Game tu pun memang ikut macam realiti. Sekolah, hospital, balai bomba, balai polis dan kemudahan awam lain, semua ada maintenance charge. Kalau silap susun sikit, jalan jam. Kalau silap plan sikit, tanah tak laku. Tak ada orang duduk. Pastu tax kurang. Last-last rugi. Isk isk. Kalau macam tu jadi ketua kampung pun tak lepas.
Tapi ada banyak juga berita kat tv dan kat surat khabar pasal Menteri Wilayah kita lari ke sana lari ke sini nak jaga kebajikan penduduk-penduduk PPR kat KL ni. Cuba bayangkan, benda dah siap tambah-tambah kalau ada silap ataupun bangunan dah lama. Lagi susah daripada nak bina baru, betul tak? Memanglah Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, tapi tak semua orang boleh buat, betul tak? Nak dekat setahun dah Dato’ Raja Nong Chik jadi menteri wilayah, setakat ni aku rasa KPI dia memang power. Kalau setakat ada willpower je, takkan berjaya sampai sini. Jadi, tahniahlah pada Dato’ Raja Nong Chik!
Mesti Dato’ Raja Nong Chik terer main SimCity kan. Hehe. Apa-apa pun, good luck to Dato’ Raja Nong Chik.
———————————————
Diambil dari Blog Raja Nong Chik Club.