Anak Wilayah

Blog yang menyentuh mengenai kawasan Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Dato' Raja Nong Chik

PPR’s lift problems will see an end thanks to effort of Raja Nong Chik

Posted by anak wilayah on June 20, 2009

When he first got appointed as FT Minister, one of the first thing our new Minister Datuk Raja Nong Chik did was to propose the way lifts at PPR flats throughout KL are being maintained. See below.

The issue is not new, you can read more about it here.

So with relief and hope, we read now that DBKL after all these years are taking a new approach by setting up a special team just to handle the lift maintenance issue. Read below, taken from Utusan.

DBKL tubuh pasukan selenggara lif

KUALA LUMPUR 18 Jun – Sebagai langkah mengatasi masalah kemudahan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sering rosak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menubuhkan pasukan khas dalam menyelenggara kemudahan tersebut di semua PPR yang baru.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan berikutan terdapat banyak aduan mengenai masalah kemudahan lif yang kurang efektif dan sering rosak sehingga menyukarkan aktiviti harian penduduk.

Beliau percaya dengan penubuhan pasukan tersebut yang akan dipantau oleh DBKL, ia akan memudahkan sebarang aduan daripada penduduk diselesaikan dengan segera.

Jelasnya, bagi perumahan PPR lama, DBKL akan meneliti dan menyiasat tentang masalah kemudahan itu bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

“Walaupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang membina perumahan berkenaan, namun DBKL dipertanggungjawabkan untuk memantau kemudahan awam yang disediakan.

“Penduduk hanya membayar sewa sebanyak RM124 termasuk kos penyenggaraan sedangkan DBKL terpaksa menanggung kos baik pulih sebanyak RM300 sebulan.

“Oleh yang demikian, kebanyakan masalah kerosakan lif berkenaan gagal dibaiki segera memandangkan ada juga penduduk yang tidak membayar sewa,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang masalah kemudahan lif di PPR Raya Permai yang daif sehingga menyebabkan beberapa warga emas tercedera akibat tersepit di pintu lif berkenaan.

Kemudahan lif yang sering rosak itu bukan sahaja berlaku di PPR tersebut, malah hampir semua kemudahan berkenaan didakwa tidak berfungsi dengan sempurna di semua PPR di seluruh Kuala Lumpur sehingga menyebabkan penduduk setinggan yang diarahkan berpindah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak berpindah ke PPR.

Ahmad Fuad menambah, beliau akui yang kemudahan lif di PPR memang tidak efektif tetapi menegaskan bahawa ia juga berpunca daripada masalah vandalisme yang kerap berlaku di kawasan berkenaan.

Tambahnya, masalah vandalisme yang tidak terkawal menyebabkan DBKL menanggung kerugian besar kerana kerap kali terpaksa membaiki kemudahan itu walaupun ia baru sahaja diperbaiki.

Tegasnya, sekiranya kerajaan mempunyai cadangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah vandalisme itu, DBKL bersedia untuk melaksanakannya dengan tegas agar masalah tersebut dapat diatasi sepenuhnya.

“Kebanyakan kemudahan lif ini mudah rosak sekiranya penggunaannya tidak dikawal seperti menggunakannya untuk mengangkat berat seperti motosikal dan bahan-bahan binaan.

“Selain itu, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan dan mencuri komponen-komponen yang terdapat di dalam lif tersebut sehingga menyebabkan lif itu gagal berfungsi.

“Penduduk perlu ada sikap menjaga hak bersama ini bagi membolehkan semua pihak dapat hidup dengan selesa,” jelasnya.

(Sumber: Utusan)

Kudos where it is due. Thank you and job well done raja nong chik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: