Kes hukuman mati ke atas pembuang bayi
Posted by anak wilayah on August 17, 2010
Salam Ramadhan,
Makin hangat perbincangan pasal keputusan Kabinet untuk menetapkan hukuman mati untuk pembuang bayi di bawah Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukumam maksimum iaitu gantung sampai mati. Ada yang kata hukuman tu terlalu kejam, ada juga yang kata hukuman tu sesuai, ada juga yang minta kaji balik. Bagi aku, hukuman tu memang sesuai. Kenapa orang lain yang bunuh orang lain dijatuhkan hukuman sebegitu rupa tapi mereka yang sewenang-wenangnya buang bayi boleh terlepas begitu saja? Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan berkenaan golongan yang tidak berperikemanusiaan ni.
Laporan dari surat khabar NST, tahun ini saja ada 65 kes buang bayi sampai ke hari ni. Tapi hanya 21 orang ditangkap. Jadi apa yang terjadi pada selebihnya? Aku rasa memang sekaranglah kerajaan patut lakukan sesuatu untuk membanteras jenayah berat ni dari berleluasa. Selagi tiada tindakan untuk menghukum mereka dengan lebih berat, mereka akan merasakan tindakan membuang bayi itu seperti langkah atau pilihan untuk membuang dosa mereka semata-mata.
Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka sama saja seperti membunuh. Beribu-ribu keluarga dan suami isteri yang menginginkan anak, tapi apa kan daya tiada rezeki untuk mereka. Kadang kala mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu duit semata-mata untuk memperoleh seorang cahaya mata. Bertahun-tahun usaha dilakukan, untuk mendapatkan zuriat. Tapi setelah rezeki itu diberikan kepada sesetengah orang, rezeki ini dibuang begitu sahaja.
Dengar kata, walaupun Kabinet sudah bersetuju untuk menetapkan jenayah membuang bayi di bawah kanun keseksaan yang boleh membawa hukuman mati, namun kajian yang lebih mendalam sedang dijalankan. Aku harap-harap kerajaan dapat cepat cepat tetapkan hukuman yang berat terhadap mereka ni. Bukan setakat kepada ibu si bayi, malah juga kepada bapa si bayi.
This entry was posted on August 17, 2010 at 11:30 am and is filed under Social, Welfare. Tagged: anak, bayi, buang, hukuman, kes, mandatori, mati. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply